Deena Ameera

6 TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA YANG PATUT DILAKUKAN SEBELUM TIDUR Mari ikuti tips penjagaan kulit yang patut dilakukan sebelum tidur. 1. BERSIHKAN KOTORAN ATAUPUN SISA-SISA MAKE UP Pastikan sebelum kita tidur, muka kita bebas dan bersih dari sebarang kotoran ataupun semua sisa-sisa mekap yang melekat di muka. Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly. Gunakan kapas lembut, dan pastikan semua kotoran dan sisa-sisa mekap terhapus. 2. PAKAI PEMBERSIH MUKA Setelah itu, bersihkan pula dengan pembersih muka, sama ada menggunakan cleanser ataupun facial foam. Untuk hasil yang lebih baik, basuh muka kita dengan air suam bagi membuka pori-pori kulit. Selepas tu barulah cuci dengan cleanser sambil mengurut lembut muka kita. Biarkan beberapa minit supaya segala kotoran tersebut terhapus. Setelah itu bilaslah dengan air biasa sehingga bersih. 3. GUNAKAN TONER Toner bukan sahaja berfungsi sebagai penyegar, tetapi juga membantu membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak terhapus oleh make-up remover ataupun pembersih muka. 4. JANGAN LUPA PAKAI KRIM MALAM Pemakaian krim malam juga sangat penting untuk merawat serta melembabkan kulit muka kita sewaktu tidur. Krim malam juga mampu menghilangkan bintik-bintik hitam serta menghilangkan kedutan di muka. 5. MASKER MUKA Penjagaan kulit muka dengan pemakaian masker dapat membantu merawat muka kita. Pemakaian masker muka daripada bahan-bahan semulajadi seperti masker epal, lemon, lobak merah, kentang, avokado dan sebagainya dapat memberikan nutrisi pada kulit muka kita. 6. PELEMBAB BIBIR Jika kita mengalami masalah pada bibir seperti bibir kering, bibir pecah-pecah atau mengelupas, pakailah pelembab bibir sebelum tidur. Semoga bermanfaat tips nya... πŸ’–πŸ’–πŸ’–

0 Komentar

Tinggalkan Komentar Anda