KENAPA WAJIB PAKAI “SETTING SPRAY” SELEPAS MAKE UP

KENAPA WAJIB PAKAI “SETTING SPRAY” SELEPAS MAKE UP Pakai mekap pun sudah berjam-jam tapi sayangnya cepat betul ia pudar dari kulit wajah. Apa salah kita...? Tak adakah cara berkesan untuk membuatkan mekap tahan lebih lama? Jawapannya sudah tentulah ada…..💖💖💖 Apa Itu Setting Spray ✅Setting spray adalah sejenis semburan yang akan disembur pada keseluruhan muka setelah selesai bersolek. Ia kemudian bertindak sebagai lapisan perlindungan optimum untuk mengelak mekap atau solekan itu tadi cair meskipun terdedah pada faktor sekeliling seperti peluh dan minyak muka sepanjang hari. Fungsi Setting Spray ✅Fungsi setting spray sama seperti primer yang disapu ke muka sebelum memulakan solekan kerana kedua-duanya bermanfaat untuk membuatkan solekan tahan lebih lama. Pemilihan Setting Spray ✅Jika anda masih buntu, setting spray juga adalah sesuai untuk semua jenis kulit cuma dinasihatkan agar mereka yang memiliki kondisi kulit kering cuba untuk mencari setting spray yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol akan membuatkan kulit wajah jadi lebih kering. Kenapa Semua Orang Wajib Guna Setting Spray? ✅Peluh dan minyak yang dihasilkan kulit wajah (sebum) memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda menggunakan foundation terutamanya, pasti mekap bakal jadi comot dan bercapuk jika kulit terdedah pada suhu kepanasan yang melampau… Oleh itu, adalah amat penting untuk menyemburkan setting spray selepas selesai bermekap. ✅Untuk pengetahuan semua, setting spray boleh dibeli berdasarkan formula tertentu, ada yang bisa menyalurkan kelembapan, ada yang boleh membuatkan tekstur mekap dan kulit kelihatan halus berseri malah ada juga yang mampu membuatkan kulit berasa sejuk dan nyaman. Formula ini bergantung kepada sesuatu jenama setting spray tersebut. Anda sudah tahu betapa penting nya setting spray...???

0 Komentar

Tinggalkan Komentar Anda